Kelas E-mel, MS Word, Kempen Advokasi & e-Learning

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas E-mel, MS Word, Kempen Advokasi dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 22 September 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diajar cara untuk mencipta akaun e-mel melalui Gmail.com. Mereka turut mempelajari cara untuk menghantar e-mel dengan mudah dan cepat. Melalui kelas ini, peserta tahu asas menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dengan rakan mereka secara atas talian.

Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada template kalendar yang terdapat dalam MS Word. Mereka turut mempelajari cara membuat jadual harian mereka menggunakan template kalender dalam MS Word. Melalui kelas ini, mereka dapat memantapkan lagi penguasaan mereka dalam MS Word melalui latihan yang diberikan.

Di samping itu, para peserta telah dididik tentang panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah dan cara melupuskan peralatan elektronik yang rosak dan tidak digunakan lagi dengan betul dan berhemah melalui taklimat dan tayangan video advokasi Check Your Label dan Mobile e-Waste yang dijalankan. Mereka turut dididik agar tidak terlebih berkongsi maklumat diri terutamanya di laman sosial mereka melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang diadakan.

Akhir sekali, para peserta turut diberi pendedahan kepada pembelajaran secara atas talian melalui kuiz advokasi dan pelbagai subjek pelajaran yang diadakan melalui laman web www.kahoot.com disamping dapat menarik minat mereka untuk belajar menggunakan ICT.

Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali